Thursday, December 30, 2010

metro terbaik~ ^^



dlm sekelip mate pemain malaysia mjadi sebegitu mahal (^_^)

tahun baru...

episod tahun baru...

Oh 2011...moga2 tahun ni menjadi tahun yg paling bertuah utk diri ini :)
kerana pd tahun ini lah aku disibukkan dengan pertandingan badminton serta training..

Oh januari...menariknya kesemua pertandingan yang disertaiku dijalankan di bulan januari...
tidak ku pinta hadiah utk hari lahirku...ckup sekadar doa dr rakan2..kerana itu merupakan hadiah yg lebih berharga berbanding kemenanganku(kalo menang la..hehe)..
lebih manis jika dpt mempertahankan kejuaraan KARSU bersama partner (Shakir Saupi) utk tahun ini.insyaAllah.

demikian jadual permulaan tahun baru yg agak mengerikan (^_^)
--------------------------------------

7-9 Jan 2011 :
Badminton MMU Open

13-14 Jan 2011:
KARSU Badminton Close (FEP)

15-16 Jan 2011:
Badminton KKM Open

20 Jan 2011:
College Badminton Tournament

Training Isnin-Rabu (5.00-7.00 petang)

pray 4 my success ya (^_^)

Tuesday, December 14, 2010

coretan si huha

hati menginginkan...namun adakah kaki tangan mata telinga hidung kepala otak lutut siku dll yg sewaktu dgnnye sanggup melakukan utk mcapai keinginan hati?

ak yakin ak boleh kita boleh kami boleh semua boleh..malaysia boleh!
cme satu persoalan adakah kita semua sanggup?klu x sanggup boleh blah la(kih3..)

kalau lin dan boleh smash chop dgn pantas...xkn ak xle?
kalo taufik boleh smash 305km/h...mmg ak xle pn..hehehe..
yg penting mesti mau ad keinginan hati..

insyaAllah kalo keinginan baik maka Allah S.W.T. akan memperkenankannya..
ingatlah tidak semua kejayaan yg kita miliki adalah baik untuk diri kita..
maka jangan la engkau menyedihkan dirimu kerana tidak berjaya dalam sesuatu perkara..
kerana sesungguhnya Allah S.W.T. telah meletakkan kejayaan sebenar iaitu cuma dalam agama.wallahu'alam.

Thursday, December 2, 2010

cuma SEBILAH KAPAK...

dikisahkan terdapat seorang lelaki yang hidup penuh kedaifan dalam sebuah hutan..
dia tidak memiliki harta lain melainkan hanya sebilah kapak..
demikianlah kehidupannya yg hanya kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
setiap hari kerjanya hanyalah menebang pokok dan hasilnya tidaklah seberapa.

suatu hari terdapat seorang hartawan yg membuat satu tawaran yg agak ganjil dan aneh..
hartawan tersebut menawarkan kepada sesiapa yg sanggup menemankan beliau tinggal di dalam kubur selama 40 hari 40 malam maka akan diberikan separuh drpd hartanya kpd orang tersebut dan separuh lagi dibahagikan kpd anak dan kaum kerabatnya..

tawaran itu pun tersebar namun tiada siapa pun yg berani untuk menemankan hartawan tersebut melainkan si penebang pokok itu tadi..setelah itu, perjanjian ahtara anak hartawan tersebut dan si penebang pokok telah dibuat dan mereka cuma menunggu masa..

suatu hari telah tiba ajal si hartawan tersebut maka bermulalah hari yang pertama untuk si penebang pokok menemankan si hartawan tadi di dalam kubur..
setelah siap dimandikan dan dikafankan..mayat hartawan itu telah diletakkan dan si penebang pokok itu pun masuk bersama dan duduk di sebelah mayat si hartawan tersebut..

setelah selesai upacara pengebumian maka semua orang yang hadir telah pulang ke rumah masing-masing..meninggalkan si penebang pokok bersama mayat si hartawan tersebut..
tidak lama kemudian, tiba dua makhluk yg sangat menggerunkan iaitu malaikat Munkar & Nakir..disangkakan kedua malaikat tersebut hendak menyoal si mati(hartawan) tersebut..namun si penebang pokok tersebut amat terkejut apabila soalan ditujukan tepat kepada dirinya..

dikatakan si penebang pokok itu cuma disoal berkenaan sebilah kapak miliknya itu..dia pun menjawab satu persatu soalan ditanya...

hari demi hari pun berlalu..namun soalan tentang kapak masih belum habis ditanya kpd si penebang pokok tersebut tadi..sehinggalah tiba saat dia hendak keluar iaitu hari ke-40..maka keluarlah ia dari kubur tersebut dengan muka yg amat takut..
anak hartawan itu pun menepati janji dengan menyerahkan sebahagian harta ayahnya kpd si penebang pokok tersebut..

maka ia pun berkata "aku tidak memiliki apa-apa melainkan cuma sebilah kapak ini. sewaktu di dalam kubur aku telah disoal mengenainya dari awal aku dimasukkan hinggalah aku dikeluarkan.mujurlah aku dikeluarkan dari sini kerana jika tidak pasti aku akan terus disoal mengenainya.oleh yang demikian, kalian ambil lah kesemua harta ini kerana aku tidak tahu bagaimana aku hendak menjawab kelak jika aku memiliki kesemua harta-harta yang begitu banyak ini." setelah itu ia pun berlari meninggalkan anak hartawan tersebut dengan tidak mengambil sedikit pun harta yg telah menjadi miliknya.