Monday, September 17, 2012

Didikan Baik Seorang Bapa a.k.a Bapa Misali ^^' Y

“Papa….papa….,” tiba-tiba Ain memanggil aku. Terganggu kekhusyukkan aku menonton cerita Merlin.




“Ya…. Kenapa Ain?” sahutku dan bertanya sambil acuh tak acuh.



“Tempoh hari pa cerita mengenai syurga kan? Cerita la lagi pa. Akak nak dengar lagi cerita syurga,” rayu Ain.



“Lepas pa habis tonton cerita Merlin ni la ya,” jawabku kerana aku mahu menonton cerita Merlin sehingga tamat. Merlin adalah antara rancangan televisyen kegemaranku.



“Ala..cerita la pa…,” rayu Ain lagi.



“Baiklah…Baiklah….,” aku pun bangun mematikan suis televisyen.



“Ain nak pa cerita apa?” tanyaku untuk mendapatkan idea sambungan cerita syurga tempoh hari.



“Tempoh hari pa dah cerita dalam syurga ada sungai….. dalam sungai ada ikan…..”

“Lepas kita makan ikan tu, kita baling tulang dia ke dalam sungai, tulang tu jadi ikan semula.”

“Lagi… pa cerita mengenai rasa buah di syurga…. Ha, sampai situ je rasanya. Cerita la lagi pa,” Ain memberikan ringkasan cerita syurga yang aku ceritakan kepadanya tempoh hari.



“Dalam syurga ada banyak pokok,” aku memulakan cerita.

“ Kita boleh tanam pokok di syurga. Tapi kena tanam sekarang la, masa kita hidup di dunia ni.”

“Kalau dah mati, dah masuk syurga, dah tak boleh tanam dah….. Cuma boleh ambil hasil je.”

“Ain tahu bagaimana nak tanam pokok di dalam syurga?” tanya aku cuba menarik perhatian Ain.



“Tak tahu….Cikgu tak ajar pun di sekolah.”

“Bagaimana kita nak tanam pokok di syurga pa? Sama macam tanam di dunia ni ke pa?” tanya Ain dengan penuh perasaan ingin tahu.



“Senang aje….Cuba Ain sebut Subhanallah sekarang,” aku menyuruh Ain memuji Allah yang Maha Esa.



“Subhanallah….,” Ain menuruti apa yang aku suruh tanpa ragu-ragu.



“Ha… Tu Ain dah tanam satu pokok di dalam syurga Ain.”

“Ain tahu besar mana pokok tu?” tanyaku lagi.



Ain hanya menggelengkan kepala.



“Apabila kita sebut Subhanallah, sepohon pokok akan tumbuh di dalam syurga kita.”

“Saiz pokok tu,…. kalau di letak seekor kuda yang berlari paling laju di dunia ni untuk berlari merentasi bayang pokok tu…… kuda tu perlu ambil masa 500 tahun untuk merentasi bayang pokok tu.”

“Besar tak saiz pokok tu?” aku cuba menguji imaginasi Ain.



“Besar nyer pa….. 500 tahun….. Lama nyer…..” jawab Ain dengan penuh semangat.



“Jadi, kalau Ain nak banyak pokok di dalam syurga Ain nanti, Ain sebutlah Subhanallah banyak-banyak,” nasihatku kepada Ain.



“Kalau dah banyak sangat pokok, penuhlah syurga Ain nanti,” Ain menyatakan kerisauannya.



“Kalau penuh….. Allah besarkanlah syurga Ain. Jadi syurga Ain akan sentiasa membesar saiznya,” jawabku sambil tersenyum.



“Oooo…..macam tu ke….” balas Ain dengan dahi berkerut seolah-olah sedang membayangkan apa yang ada di dalam syurga.



“Ain tahu syurga siapa paling besar?” tanyaku kepada Ain untuk menguji pengetahuannya.



“Siapa pa?” tanya Ain sambil menggelengkan kepalanya.



“Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.,” jawabku.



“Kenapa syurga dia paling besar pa?” tanya Ain lagi.



“Suatu hari, Malaikat Jibrail a.s. mengadap Allah s.w.t.”

“Malaikat Jibrail minta izin daripada Allah untuk menziarah syurga Saidina Abu Bakar r.a…. Allah pun izinkan.”

“Ain tahu berapa besar saiz Malaikat Jibrail?” tanyaku kepada Ain.



Ain menggelengkan kepalanya lagi sambil mulutnya ternganga kehairanan.



“Kalau Malaikat Jibrail berdiri, kaki dia mencecah lapisan bumi ketujuh dan kepala dia mencecah lapisan langit yang ketujuh.”

“Kalau dia buka sepasang sayap dia, akan tutup bumi timur dan barat.”

“Malaikat Jibrail ada 100 sayap,” jelasku kepada Ain.



“Besarnya Malaikat Jibrail tu pa. Hebat betul Allah cipta Malaikat Jibrail,” Ain menyatakan kekagumannya terhadap makhluk ciptaan Allah itu.



“Besarkan? Subhanallah. Hebat Allah s.w.t.” aku memuji kehebatan Allah tuhan sekelian alam.

“Apabila Allah beri keizinan kepada Malaikat Jibrail untuk melawat syurga Saidina Abu Bakar, Malaikat Jibrail pun buka kesemua sayap dia.”

“Malaikat Jibrail pun terbang masuk ke dalam syurga Saidina Abu Bakar. Sekali kibas sayap, sepantas kilat lajunya.”

“Malaikat Jibrail terbang hingga letih melawat syurga Saidina Abu Bakar. Akhirnya Malaikat Jibrail pun dah tak larat.”

“Malaikat Jibrail pun pergi mengadap Allah s.w.t. untuk bertanya sejauh mana dia dah melawat syurga Saidina Abu Bakar.”

“Allah s.w.t. beritahu, Malaikat Jibrail baru melawat anjungnya sahaja, belum masuk ke dalam syurga Saidina Abu Bakar lagi,” ceritaku kepada Ain. Ain mendengar dengan penuh khusyuk.



“Mengapa syurga Saidina Abu Bakar besar sangat pa?” tanya Ain dengan perasaan ingin tahu.



“Sebab…..Saidina Abu Bakar adalah orang pertama yang memeluk Islam. Pagi tu selepas dia masuk Islam, dia terus tanya Rasullullah s.a.w. apa kerja dia?”

“Rasullullah s.a.w. jawab, apa kerja aku, itu kerja kamu. Saidina Abu Bakar terus faham.”

“Petang tu Saidina Abu Bakar datang balik jumpa Rasullullah s.a.w. dan bawa lima orang untuk masuk Islam.”

“Dia faham apa kerja Rasullullah s.a.w. iaitu mengajak manusia kepada Allah.”

“Inilah sebabnya syurga Saidina Abu Bakar sentiasa membesar dan akan terus membesar sehingga hari kiamat, sebab semua ganjaran pahala yang orang Saidina Abu Bakar ajak masuk Islam tu akan dapat juga kepada Saidina Abu Bakar.”

“Segala amal ibadat dan ganjaran pahala orang yang Saidina Abu Bakar dakwah masuk Islam tu dan juga segala ganjaran pahala anak keturunannya, akan masuk juga ke dalam buku amalan Saidina Abu Bakar sehingga hari kiamat.”

“Sebab itulah syurga Saidina Abu Bakar akan sentiasa membesar sehingga hari kiamat.”

“Ulamak kata, inilah perniagaan yang tidak rugi.”

“Kalau Ain nak syurga Ain sentiasa membesar, Ain kena dakwah, ajak kawan-kawan Ain buat baik…. Ajak mereka taat perintah Allah dan amal sunnah Rasullullah s.a.w.,” jelasku dengan panjang lebar kepada Ain.



Ain mengangguk-anggukkan kepalanya sambil matanya bulat dan dahinya bekerut mungkin sedang membayangkan saiz syurga Saidina Abu Bakar atau mungkin syurga yang akan diperolehi jika dia melakukan seperti apa yang di lakukan oleh Saidina Abu Bakar iaitu dakwah, mengajak manusia kepada Allah.



kisah benar by by zcomby in novel atau zul.

Tuesday, May 29, 2012

Bayang oh Bayang

Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi..

Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang.

Makin dikejar makin ia lari..

Oleh itu kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari.

Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari),
dunia (bayang-bayang) akan mengikut kita.

Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Wednesday, January 4, 2012

Jihad Islam

Siapa kata Islam ganas? suka perang?asal jihad je perang asal perang je jihad.. :P mana ada la kawan-kawan..agama kita agama terbaik..itu semua propaganda barat untuk menjatuhkan Islam..mari sy petik 1 kisah di bawah pemerintahan Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. :

Baihaqi dan Ibnu Asakir telah meriwayatkan dari Said bin Al-Musaiyib rah,bahwa Khalifah Abu Bakar r.hu. pernah mengutus pasukan Islam ke Syam,dan menyerahkan kepemimpinan pasukan itu di tangan Yazid bin Abu Sufyan r.hu, Amru bin Al-Ash r.hu dan Syurahbil bin Hasanah r.hu. Mereka pun menunggang kuda masing-masing untuk berangkat,namun Abu Bakar r.hu tetap berjalan kaki untuk melepas pasukan itu hingga ke Tsaniyatil-Wadak. Maka para panglima Islam itu berkata kepada Khalifah Abu Bakar r.hu,: "Wahai Khalifah Rasulullah! Tidak elok rasanya, engkau berjalan kaki sedangkan kami menunggangi kuda?" "Jangan turun dari atas tunggangan kalian", jawab Khalifah Abu Bakar r.hu. "Aku menganggap langkah-langkah ini dari berjuang di jalan Allah SWT juga!".

Sambil berjalan kaki, Khalifah mengingatkan pasukan itu katanya: Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT. Berjuanglah pada jalan Allah, dan perangilah siapa yang mengkufuri Allah, kerana Allah SWT senantiasa akan memenangkan agamaNya! Jangan membuat aniaya, jangan berkhianat, jangan melarikan diri, jangan membuat kerosakan di muka bumi, jangan menderhakai perintah ketua. Jika kamu berhadapan dengan musuh dari kaum musyrik itu, inshaAllah nanti, maka serulah mereka kepada tiga perkara. Jika mereka setuju, terimalah dari mereka dan jangan memerangi mereka lagi!
Mula-mula serulah mereka kepada Islam! jika mereka setuju memeluk Islam, terimalah mereka dan berhenti memerangi mereka!

Kemudian ajaklah mereka berpindah dari tempat mereka itu ke negeri Islam, tempat orang yang berhijrah. jika mereka mahu datang, beritahulah mereka bahwa mereka akan mendapat hak sesuai dengan hak yang didapati oleh kaum Muhajirin, dan atas mereka hak sesuai dengan hak yang ditanggung oleh kaum Muhajirin. Tetapi jika mereka menerima Islam, lalu mereka memilih hendak menetap di negeri mereka sendiri, tidak sanggup untuk berhijrah ke negeri tempat menetapnya kaum Muhajirin, maka hendaklah kamu memberitahu mereka bahawa mereka akan dikenakan syarat seperti yang dikenakan ke atas kaum Arab yang lain yang mendiami negeri mereka. Mereka wajib menerima hukum-hukum Allah yang difardhukan ke atas semua kaum Mukminin, mereka tidak akan diberikan hasil ufti dan harta hasil rampasan perang,sehingga mereka mahu berjuang bersama-sama kaum Muslimin.

Jika mereka enggan memeluk lslam, maka beritahukanlah kepada mereka bahwa mereka wajib membayar ufti (jizyah).Jika mereka setuju membayar ufti, terimalah dari mereka dan berhentikan memerangi mereka.

Jika itu juga mereka enggan menerima, maka mohonlah bantuan Allah untuk memerangi mereka, dan teruskanlah perjuangan kamu inshaAllah!. Tetapi janganlah memotong pepohonan korma, jangan membakarnya, jangan membunuh binatang-binatang, jangan menebas pepohonan buah, jangan robohkan rumah kediaman,jangan membunuh anak-anak kecil, orang tua dan wanita. Dan jika kamu dapati orang yang menyembunyikan dirinya di dalam gereja atau rumah agama, maka jangan kamu mengganggu mereka, dan biarkanlah mereka dalam keadaan mereka itu. Dan kamu akan mendapati dari kumpulan ini yang bertopengkan agama, yang menyediakan tempat untuk syaitan bersarang di kepalanya, maka jika kamu menjumpai orang serupa ini,maka hendaklah kamu penggal kepala mereka, inshaAllah!
(Kanzul Ummal 2:295-296)

Baihaqi meriwayatkan dari Urwah r.hu,bahwa Abu Bakar As-Shiddiq r.hu pernah menyerahkan kepemimpinan pasukan kepada Khalid bin Al-Walid r.hu, dan ketika diutus kepada kaum yang murtad dari orang-orang Arab, supaya dia mula-mula mengajak mereka kembali kepada Islam serta menerangkan kembali apa yang diwajib kepada mereka, dan meneguhkan keyakinan mereka kepada Islam. Maka barangsiapa yang menerima seruan itu di antara mereka, tidak kira yang merahnya ataupun yang hitamnya,mestilah dia menerima darinya.Sebab dia hanya disuruh untuk memerangi siapa yang mengkufuri Allah SWT dan menolak keimanan kepadanya saja.Maka apabila orang yang diseru itu sudah menerima Islam, dan benar keimanannya, tidak ada jalan baginya untuk memeranginya lagi, dan Allah SWT sajalah yang bakal membuat perhitungan dengannya! Tetapi, barangsiapa yang enggan menerima seruan Islam ini, dan tidak mahu kembali kepada Islam dari orang yang murtad darinya, maka hendaklah dia memerangi dan membunuhnya.
(Kanzul Ummal 3:143)

PEMIMPIN :-)

Dahulu selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam berpecah belah seketika..agak teruk..namun ini bukan alasan untuk mendesak mereka memilih pemimpin. Sahabat pertama yang dipilih untuk menjadi pemimpin, Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a pun pada asalnya tidak menginginkan jawatan khalifah tersebut. Walaupun setelah dipilih, Saidina Abu Bakar juga tidak dibai'at oleh beberapa sahabat lain sehingga mengundang kemarahan Saidina Umar Al-Khattab. Selepas pemerintahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar pula dipilih untuk menjadi khalifah, namun beliau amat takut untuk menerimanya kerana beliau faham amat besar tanggungjawab tersebut. Pernah Saidina Umar berkata bermaksud lebih kurang "Sekiranya seekor kambing melintas jambatan lalu ia terpijak lubang sebesar kakinya sahaja dan tersepit, itu pun aku akan dipersoalkan oleh Allah SWT". Inilah bagaimana satu orang sahabat yang benar-benar faham akan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin.

Namun, hari ini...
Kita diperkenalkan sistem demokrasi di mana kita perlu mengundi untuk mengangkat seorang pemimpin. Seorang yang menginginkan dirinya untuk menjadi pemimpin. Dan berkempen untuk menunjukkan keprihatinan masing-masing. Mari kita renungi hadis Rasulullah SAW:

Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah SAW. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

“Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”


Dalam hadis yang lain, Baginda SAW juga bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?

Dalam hadis yang lain Nabi SAW telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan. Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)



Di sini tiada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Just sebagai sharing dan sedikit luahan terhadap apa yang berlaku sekarang. Di blog asal terdapat hadis berkenaan saling mencaci dan saling memfitnah namun sy kira pembaca lebih arif tentang hal tersebut. Saya mohon ampun dari Allah SWT dan minta maaf jika terdapat perkataan atau ayat yang menghiris hati pembaca. Ambillah yang baik tinggalkan yang buruk. Mohon diperbetulkan sebarang kesilapan. Wallahu'alam.

Tuesday, January 3, 2012

La'ilaha ilallah.

La'ilaha ilallah..bunyi mcm simple..tapi dengan kalimah inilah kita dapat menyelamatkan diri daripada api neraka buat selama-selamanya. Banyak kelebihan kalimah ini (http://aura-hikmah.blogspot.com/2011/01/kelebihan-berzikir-kalimah-lailaha.html), (http://innerbeutifool.blogspot.com/2011/04/kelebihan-kalimah-lailahaillallah.html)

Dengan kalimah ini lah Rasulullah SAW dan para nabi a.s. menyeru umat manusia dan kalimah ini juga ditinggalkan untuk umat akhir zaman supaya meneruskan perjuangan baginda SAW. ‎"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Surah Al-Imran ayat 110)

subhanallah..suka dgr crite d luar negara yg mane Islam d seluruh dunia semakin bkembang...(wpun agak sedih dgn negara sndiri)...Allah telah membuktikan usaha yg haq sahaja yg akan mendapat keredhaan-Nya dan menjadi asbab tersebarnya hidayat Allah SWT...memang terdapat banyak usaha utk berdakwah namun cuma satu cara sahaja yg mana Allah telah tunjukkan melalui kekasih-Nya, Rasulullah SAW..teruskan bjuang wahai pejuang sunnah Rasulullah SAW...semoga Allah memilihku utk bsama kalian.. :-)


-http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=593286&extra&page=1
-http://malay.bismikaallahuma.org/islam-makin-bersinar-di-eropah/
-http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4047-cahaya-islam-bersinar-di-korea--selatan.html