Wednesday, January 4, 2012

PEMIMPIN :-)

Dahulu selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam berpecah belah seketika..agak teruk..namun ini bukan alasan untuk mendesak mereka memilih pemimpin. Sahabat pertama yang dipilih untuk menjadi pemimpin, Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a pun pada asalnya tidak menginginkan jawatan khalifah tersebut. Walaupun setelah dipilih, Saidina Abu Bakar juga tidak dibai'at oleh beberapa sahabat lain sehingga mengundang kemarahan Saidina Umar Al-Khattab. Selepas pemerintahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar pula dipilih untuk menjadi khalifah, namun beliau amat takut untuk menerimanya kerana beliau faham amat besar tanggungjawab tersebut. Pernah Saidina Umar berkata bermaksud lebih kurang "Sekiranya seekor kambing melintas jambatan lalu ia terpijak lubang sebesar kakinya sahaja dan tersepit, itu pun aku akan dipersoalkan oleh Allah SWT". Inilah bagaimana satu orang sahabat yang benar-benar faham akan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin.

Namun, hari ini...
Kita diperkenalkan sistem demokrasi di mana kita perlu mengundi untuk mengangkat seorang pemimpin. Seorang yang menginginkan dirinya untuk menjadi pemimpin. Dan berkempen untuk menunjukkan keprihatinan masing-masing. Mari kita renungi hadis Rasulullah SAW:

Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah SAW. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

“Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”


Dalam hadis yang lain, Baginda SAW juga bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?

Dalam hadis yang lain Nabi SAW telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan. Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)



Di sini tiada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Just sebagai sharing dan sedikit luahan terhadap apa yang berlaku sekarang. Di blog asal terdapat hadis berkenaan saling mencaci dan saling memfitnah namun sy kira pembaca lebih arif tentang hal tersebut. Saya mohon ampun dari Allah SWT dan minta maaf jika terdapat perkataan atau ayat yang menghiris hati pembaca. Ambillah yang baik tinggalkan yang buruk. Mohon diperbetulkan sebarang kesilapan. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment