Sunday, June 19, 2011

dugaan..

Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease(GERD)

Tanda dan Gejala

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

-Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
-Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
-Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
-Sendawa
-Batuk yang teruk
-Suara menjadi serak
-Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi

Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus.

Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.

Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan.
Pencegahan

Sukatan pemakanan

Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:

Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh

Pengubahsuaian Cara hidup

Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.

Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.

Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .

Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Saturday, June 11, 2011

hikmah dirasuk

klu kita bersangka buruk dengan Allah S.W.T. pasti pintu utk syaitan masuk dan memperdayakan diri kita mudah terbuka tetapi lain pula jika kita sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Kne rasuk? itu pn Allah bagi utk menguji kesabaran kita dan meningkatkan darjat umat nabi Muhammad S.A.W. bahkan terdapat satu kisah yang amat baik utk dijadikan iktibar berkaitan rasukan. huh kalo la owg yg kne rasuk tau..mesti dye nk kne rasuk lg..(acah je..hehe)

jom bace kisah ringkas ni =)

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, "Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"

Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"

Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.

ada lg ke yg mcm ni...hehehe

kali ni huha nk merepek ckit...merepek ape?...ha...ni nk bgtau...
huha nk ckp psl jodoh la(konon..calon pn xde lg..kih3)

huh...skrg mmg susah btol nk bjumpa dgn seorang wanita idaman-->bukan demand..(hehe)

klu ditanye mesti la nak pmpuan kampung(sbb ak pn asal owg kampung..ngeh3)

bukan nk mgatai tpi lumrah idop mesti la bkawen kn...sunnah tu.. =)

hah? ciri2? xyah byk2...sudah tentu owg kampung...pendiam, suka senyum, pndai masak, pndai amek ati mak & suka kuceng.(x byk kn?hihihi)

mmg x byk kn tpi nk describe "pendiam" ni...huh...mesti la x byk ckp..(kih3)..pastu x pndai melawak, x reti guna teknologi, xde account fb...

tapi zaman serba moden ni ad lg ke yg mcm ni..

nk mcari susa sbb xde klu =P ..mke pn x ensem..so duk diam2 sudaa...tnggu mak abah carikan pn ok (^_^)

nasihat utk diri sndiri & rakan2...sblm mcari jodoh marilah kita mpbaiki diri dan mantapkan akidah kerana Allah menjanjikan jodoh yang baik utk individu yang baik...tetapi jika blaku sebaliknya pasti ada hikmah tertentu.

Thursday, June 9, 2011

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah(S.A.W.)
Beerti cinta kepada Allah

Monday, June 6, 2011

Gurau dan Canda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.


Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan.

"Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.


Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".


Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.