Friday, April 16, 2010

Ini lah kehidupan..

Suatu hari terdapat seorg hamba Allah yg sedang bjalan2 di suatu tempat yg sangat luas..seakan-akan tiada penghujung. Sedang bjalan2 dia mendapati di belakangnya ada seekor harimau dari jauh sedang berlari ke arahnya.

Dalam keadaan sedemikian, dia tidak tahu apa yg hendak dibuat. Setelah buntu maka dia menadahkan tangan dan berdoa kpd Allah. Tidak lama kemudian, kelihatan satu perigi di hadapannya maka dia terus masuk ke dalam perigi tersebut utk menyelamatkan diri.

Pada perigi tersebut terdapat tali maka dia pun berpaut pd tali itu sedang harimau yg kelaparan menunggu di atas...hamba Allah tadi memerhatikan pada tali yang dipautnya itu terdapat dua ekor tikus yang berwarna putih dan hitam. Kedua tikus itu bergilir-gilir menggigit tali tersebut.

Hamba Allah tadi merasa amat bimbang kerana di bawah perigi tersebut terdapat dua ekor buaya yang sedang menantinya. Jika dia naik ke atas sudah tentu akan dibaham oleh harimau dan jika dia terjatuh maka dia akan menjadi makanan kedua ekor buaya tersebut.

Dalam kekalutan itu, maka terjatuhlah setitis madu ke dalam mulutnya dan dia pun merasakan nikmat kemanisan madu tersebut. Dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk itu telah dilupakan tentang kedua-dua bahaya yang menanti hanya kerana setitis madu tadi.


Apa yang dapat sy rumuskan di sini ialah "INI LAH KEHIDUPAN DUNIA"
-harimau yg mengejarnya tadi adalah maut yg tidak henti sedang mengejar kita.
-perigi tersebut adalah dunia yg kita sayangi ini.
-tali tersebut melambangkan umur bumi yg sangat singkat.
-tikus putih dan hitam itu pula menggambarkan keadaan siang dan malam yg silih berganti.
-dua ekor buaya td adalah merupakan malaikat Mungkar dan Nakir yg sentiasa menunggu utk menyoal setiap dr kita.
-madu yg menitis masuk ke dalam mulut hamba Allah td itulah segala nikmat yg ada di muka bumi ini yg membuat kita lupa akan mati dan alam akhirat.
-dan hamba Allah td...menjadi persoalannya adakah kita?yg hanya mengingati Allah apabila berada dalam kesusahan...dan mudah terpengaruh dgn nikmat yg akan dipersoal satu persatu tentangnya...

insyaAllah sy bkongsi utk lebih menyedarkan diri sy sndiri yg lemah ini...sy mendengarnya melalui ceramah seorg ustaz...maka tiadalah serupa 100% dan mungkin byk salah dan silap...saya minta Ampun dari Allah S.W.T. dan mohon maaf dari pembaca sekiranya tdapat salah silap dan ada menyentuh perasaan pembaca..semoga sama2 kita renungkan..

1 comment:

  1. aku serinh leka dlm menikmati madu yg manis. trima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete