Thursday, December 2, 2010

cuma SEBILAH KAPAK...

dikisahkan terdapat seorang lelaki yang hidup penuh kedaifan dalam sebuah hutan..
dia tidak memiliki harta lain melainkan hanya sebilah kapak..
demikianlah kehidupannya yg hanya kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
setiap hari kerjanya hanyalah menebang pokok dan hasilnya tidaklah seberapa.

suatu hari terdapat seorang hartawan yg membuat satu tawaran yg agak ganjil dan aneh..
hartawan tersebut menawarkan kepada sesiapa yg sanggup menemankan beliau tinggal di dalam kubur selama 40 hari 40 malam maka akan diberikan separuh drpd hartanya kpd orang tersebut dan separuh lagi dibahagikan kpd anak dan kaum kerabatnya..

tawaran itu pun tersebar namun tiada siapa pun yg berani untuk menemankan hartawan tersebut melainkan si penebang pokok itu tadi..setelah itu, perjanjian ahtara anak hartawan tersebut dan si penebang pokok telah dibuat dan mereka cuma menunggu masa..

suatu hari telah tiba ajal si hartawan tersebut maka bermulalah hari yang pertama untuk si penebang pokok menemankan si hartawan tadi di dalam kubur..
setelah siap dimandikan dan dikafankan..mayat hartawan itu telah diletakkan dan si penebang pokok itu pun masuk bersama dan duduk di sebelah mayat si hartawan tersebut..

setelah selesai upacara pengebumian maka semua orang yang hadir telah pulang ke rumah masing-masing..meninggalkan si penebang pokok bersama mayat si hartawan tersebut..
tidak lama kemudian, tiba dua makhluk yg sangat menggerunkan iaitu malaikat Munkar & Nakir..disangkakan kedua malaikat tersebut hendak menyoal si mati(hartawan) tersebut..namun si penebang pokok tersebut amat terkejut apabila soalan ditujukan tepat kepada dirinya..

dikatakan si penebang pokok itu cuma disoal berkenaan sebilah kapak miliknya itu..dia pun menjawab satu persatu soalan ditanya...

hari demi hari pun berlalu..namun soalan tentang kapak masih belum habis ditanya kpd si penebang pokok tersebut tadi..sehinggalah tiba saat dia hendak keluar iaitu hari ke-40..maka keluarlah ia dari kubur tersebut dengan muka yg amat takut..
anak hartawan itu pun menepati janji dengan menyerahkan sebahagian harta ayahnya kpd si penebang pokok tersebut..

maka ia pun berkata "aku tidak memiliki apa-apa melainkan cuma sebilah kapak ini. sewaktu di dalam kubur aku telah disoal mengenainya dari awal aku dimasukkan hinggalah aku dikeluarkan.mujurlah aku dikeluarkan dari sini kerana jika tidak pasti aku akan terus disoal mengenainya.oleh yang demikian, kalian ambil lah kesemua harta ini kerana aku tidak tahu bagaimana aku hendak menjawab kelak jika aku memiliki kesemua harta-harta yang begitu banyak ini." setelah itu ia pun berlari meninggalkan anak hartawan tersebut dengan tidak mengambil sedikit pun harta yg telah menjadi miliknya.

4 comments:

  1. nk cakap smthing...

    xpaham...ahahahahah...sorry saye lampi giler...

    ReplyDelete
  2. x phm? citer x edit lg bru post..he3..teman pn x phm...kih3
    citer ni ad dgr drpd sorg ustaz..
    juz nk citer..orang yg cuma ada kapak tpi x wat ap yg buruk pn dgn kapak tu tpi disoal dgn ckup lama..
    apetah lg teman ni yg dpt duit joli sane joli sini...
    ntah mcm mne la kne soal nnti.. :(

    ReplyDelete
  3. tak pa. baca lagi sekali.. sure paham

    tapi kenapa si mati x disoal

    ReplyDelete
  4. oh itu benda ghaib..teman xde ilmu nk terang psl ni..kih3..lebih kurang soalan ni la...:mcm mne malaikat izrail mencabut byk nyawa setiap hari?x reti teman nk jwb..sbenanye si mati disoal cme kt sini fokus pd si penebang pokok tu...

    ReplyDelete