Saturday, March 26, 2011

I LOVE ALLAH..

Dipetik dari http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1262-makhluk-yang-tidak-kuat.html

Akhir 2008, saya bertemu dengan sebuah pencarian panjang iaitu hidayah. Ceritanya bermula dengan saya mengikuti jemaah tabligh. Saya mengenal Islam yang sebenar dengan cara yang sangat santai, iaitu mengenal Allah terlebih dahulu.

Pada awalnya, saya sangat tidak impressive dengan mereka kerana melalui ceramah-ceramah mereka, mereka keep on emphasizing, "Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa".

Hampir semua orang keep on saying that short sentence- Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa.

Jika sedang makan, saya dididik, "Allah bagi kenyang, makanan hanya sebab". Jika naik kenderaan, saya diajar, "Allah bagi sampai, kenderaan ini hanya sebab".

Begitulah, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada perkara yang besar-besar, semua dikaitkan dengan Allah.

Saya pernah beranggapan bahawa golongan ini kurang menekankan aspek ilmu, tapi nyata saya tersilap. Apakah ilmu yang lebih besar selain daripada ilmu mengenal Allah?

Alhamdulillah. Saya wajib berterima kasih kerana mereka melayan saya seperti kanak-kanak. Apa tidaknya, saya diajar bahawa bukan pisau yang memotong, tapi Allah yang potong. Saya dilatih, 'Jika kamu memandang kepada pokok/ haiwan/ kapal terbang atau apa-apa saja, kaitkan ia dengan Allah'.

Benda yang remeh, kan? Tapi secara tak langsung, 'perkara remeh' inilah yang membuka mata saya, seolah-olah saya 'melihat Allah'. Maksud saya, merasakan sangat hampir dan dekat dengan Dia.

Subhanallah.
Saya mahu kiranya kalian juga dapat menikmati perasaan ini. Iaitu rasa kagum kepada Tuhan.

Sunnatullah.
Pernah kalian belajar tentang ini? Saya bukan nak ajar, cuma nak berkongsi. Dalam dunia ini, Allah telah meletakkan ketentuan yang dipanggil sunnatullah. Dalam erti kata lain, ia ialah 'sebab dan akibat'. Sebagai contoh : Kita makan (sebab), kita kenyang (akibat). Ini fahaman kita sejak dari nenek moyang kita lagi.

Maaf. Fahaman bahawa semua 'akibat' adalah berpunca dari 'sebab' ialah satu fahaman yang tersilap. Ini adalah kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai fahaman bahawa bukan sebab yang membawa kepada akibat, tetapi Allah yang membawa akibat.

Sebagai contoh: Kita makan (sebab) dan kita kenyang (akibat).

Ahli Sunnah Wal Jamaah berfahaman bahawa yang memberi kekenyangan bukanlah nasi atau makan, tapi Allah yang beri kenyang.

Cuma, kita perlu ikut ketetapan yang ditentukan tadi, iaitu Sunnatullah.

Ini adalah kerana Allah berfirman :

'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.' (surah al-Kahfi ayat 84)

'Jalan' yang dimaksudkan ialah 'cara'. Sebagai contoh - Kamu mahu kenyang, kamu harus makan. Kamu mahu berjaya, kamu harus berusaha. Kamu mahu masuk syurga, kamu perlu buat amal soleh. Ini syaratnya. Ini requirement nya dan inilah ketetapannya. Kejayaan tidak datang dengan melepak. Kenyang tidak datang dengan menonton televisyen. Sembuh tidak datang dengan tidur. Semua telah ditetapkan.

'Yang demikian adalah menurut "sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "sunnatullah" itu'.- (Al Ahzaab ayat 62)

Dalam erti kata yang lain, Allah mengajar kita bahawa semua benda berlaku bersebab, tapi bukanlah sebab itu yang membawa kepada akibat. Hakikatnya ialah Allah.

Kerana itu, api yang panas yang sifat dan kebiasaannya membakar, menjadi sejuk dan nyaman dalam peristiwa Nabi Ibrahim a.s dihumbankan ke dalam api oleh Raja Namrud.

Kerana itu jugalah, Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Mariam tanpa bapa. Kerana hakikat sebuah akibat (kelahiran) ialah Allah.

Kerana itu juga, kita melihat bahawa ada orang makan sepinggan sudah kenyang, ada orang perlu makan lima pinggan baru kenyang. Ini bukti bahawa Allah telah menetapkan bahawa yang Dia yang memberi kenyang, bukan makanan. Jika makanan yang memberi kenyang, mudah dunia ini. Setiap orang hanya perlu makan sebiji kacang setiap orang, jika benar ia (kacang) ada kemampuan memberi kenyang.

Nyata tidak, kerana kuasa memberi kenyang hak mutlak Allah sahaja.

Kerana memahami sunnatullah inilah, saya diajar supaya apabila saja menerima wang dari ibubapa saya, saya wajib berterima kasih kepada mereka dan wajib saya berterima kasih kepada Allah. Memang zahirnya, ibubapa saya yang beri saya wang, tapi hakikatnya Allah yang beri.

Inilah yang dinamakan konsep usaha-tawakkal.

Saya wajib berusaha- iaitu mewujudkan sebab. Contoh: saya belajar. Maka, selepas saya melakukan 'sebab' maka saya wajib bertawakkal. Jika Allah mahu, Dia boleh beri saya berjaya atau jika Dia tidak mahu, saya gagal. Inilah yang dinamakan "tawakkal dengan berbekal"

Kesimpulan
Saya mahu kita menanam satu budaya, iaitu 'melihat Allah'. Kita tanam rasa kagum dan rasa nampak kehebatan Allah dalam setiap yang kita buat dan kita nampak. Caranya, jika nampak kucing yang comel, kita kaitkan dengan hebatnya Allah yang ciptakan kucing ini.

Kita juga harus faham benar bahawa 'hakikat akibat' ialah hak Allah. Allah beri kenyang. Allah beri sembuh. Allah beri sakit. Makan ialah makhluk. Rehat ialah makhluk. Riadah ialah makhluk. Ia cuma menjadi cover luar sahaja.

Mudah nak faham, cuba bayangkan jika dunia ini tiada ketentuan (peraturan). Maka, kita akan lihat ada manusia akan makan racun serangga, tak mahu makan nasi. Tapi kenapa sekarang, manusia makan nasi dan tidak makan racun? Kerana Allah telah menetapkan bahawa fungsi racun ialah membunuh serangga dan fungsi nasi ialah memberi tenaga.

Dan ingatlah juga peristiwa apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa a.s, "Siapa Tuhan kamu?" Musa a.s menjawab, "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya" (20;50)

Maka, lihatlah diri kita. Bukankah itu tanda bahawa Allah hebat?

Perut yang kembali lapar selepas beberapa jam makan, rambut yang kembali panjang selepas sebulan digunting, kuku yang kembali panjang selepas seminggu dipotong, tanda bahawa Allah telah menetapkan segala sesuatu. Jika manusia hebat, katakanlah kepada perut, "Hai perut, janganlah kau lapar selama seminggu". Boleh begitu?

Jelas, Allah sangat hebat. Cuma kerana kita tertipu dengan 'sebab' , kita tidak nampak bahawa 'akibat' ialah datang dari Allah. Kita tak nampak yang Allah itu hebat. Sangat malang!

Allah sangat hebat.

Maka, mari sama-sama kita 'melihat Allah'. Kita kaitkan makan, minum, dan tidur dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat berkuasa, makhluk tiada kuasa. Makhluk hanya 'sebab' dan 'akibat' ialah segalanya dari Allah.

Ya, Allah sangat hebat.

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment